Pusat Internet Desa Sungai Koyan

Wednesday 24 August 2016

KURSUS ASAS DAN LANJUTAN INTENSIF KOMPUTER @ PID Kuala Besut


TARIKH : 1 FEB 2016 – 29 FEB 2016
MASA: SESI PERTAMA: 9.00 PAGI – 11.00 PAGI
                SESI KEDUA : 11.00PAGI – 1.00 PTG
                SESI KETIGA : 2.00 PTG – 4.00 PTG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA KUALA BESUT
BIL. PESERTA : 12 ORG
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR SEKOLAH RENDAH, LEPASAN SPM DAN BELIA

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       Melahirkan generasi yang berpengetahuan dalam bidang ict
2.       Memberi kemudahan kepada peserta dari luar bandar untuk mendalami bidang ict
3.       Memupuk semangat dan talian silatulrahim sesama peserta.

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada

PENGISIAN
Program Kursus Asas dan Lanjutan Intensif Komputer ini adalah kali KEDUA diadakan di Pusat Internet Desa Kuala Besut bagi bulan FEBRUARI tahun 2016. Program ini dihadiri oleh peserta sekolah rendah, Lepasan SPM dan Belia seramai 12 orang.
Program ini merangkumi program yang telah diadakan sebelum ini pada Awal bulan Januari tahun 2015. Program Kursus Asas aadalah lebih kepada pengajaran dalam Microsoft Office Word, Excel, Power Point cara-cara membuat biodata diri. Manakala Program Lanjutan lebih kepada penggunaan internet, cara menghasilkan emaill dan facebook serta penggunaan email dan facebook dalam kehidupan seharian.
Program ini  berjalan mengikut jadual sesi yang telah ditetapkan dan peserta yang tamat kursus  diberi sekeping sijil masing-masing.



Wednesday 17 August 2016

Kelas Asas Komputer @ PID Bandar Tun Razak

TARIKH :FEBUARI 2016
MASA: 9.00 PAGI – 1.00 TGH HARI DAN 2.30 PETANG – 5.00 PETANG
TEMPAT: PID BANDAR TUN RAZAK
BIL. PESERTA : 4 ORANG
KUMPULAN SASARAN: PELAJAR LEPASAN SPM, BELIA DAN WANITA

OBJEKTIF PROGRAM:
Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM, Belia dan Wanita mengenai apilikasi-aplikasi microsoft yang terdapat di dalam komputer. Selain daripada itu mereka juga diajar cara-cara mencari pelbagai maklumat di dalam internet

BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Yuran RM25 ( Bayaran untuk Nota dan sijil)

PENGISIAN:
1.       Microsoft word merupakan aplikasi asas yang sangat berguna dapat membantu mereka membuat kerja atau apa sahaja dokumen seperti membuat surat, flyers dan borang.
2.       Microsoft power point adalah sebuah aplikasi yang berguna sebagai media persembahan dengan menggunakan beberapa slide yang menarik dan cantik dengan adanya gambar, audio, video, gambar dan animasi.
3.       Microsoft Excel pula aplikasi yang digunakan untuk membuat pengolahan data atau perhitungan dan membuat grafik.

4.       Internet dan email memberi kemudahan kepada mereka cara-cara ingin mencari pelbagai maklumat yang dikehendaki. Manakala email ini memberi pendedahan bagaimana cara untuk berhubung sesama sendiri.


Add caption

BENGKEL E-VETTING DAN EMAIL TABIKA KEMAS PERINGKAT DUN SG. LEMBING @ PID Bukit Goh

TARIKH : 02 / 02 / 2016
MASA: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA BUKIT GOH
BIL. PESERTA : 17 ORANG
KUMPULAN SASARAN: GURU TABIKA KEMAS

OBJEKTIF PROGRAM:
  • Memberi pendedahan awal kepada guru Tabika Kemas cara menggunakan e-vetting secara online step by step
  •  Memberi tunjuk jar cara-cara untuk mendaftar dan mengendalikan email.


BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada
PENGISIAN:
Pusat Internet Desa Bukit telah mengadakan bengkel e-vetting secara online ini bersama Guru Tabika Kemas bagi Dun Sg.Lembing pada 2 Februari 2016 di Pusat Internet Desa Bukit Goh. Program ini bertujuan bagi memasukkan data maklumat peribadi untuk status pekerjaan sebagai guru pra sekolah secara di atas talian http://evetting.cgso.gov.my.

Selain itu juga mereka ini di ajar mendaftar email masing-masing bagi memudahkan urusan mereka untuk berurusan dengan pihak KEMAS Negeri Pahang. Di samping itu kami di PID Bukit Goh mengajar mereka cara untuk pengendalian email seperti membuka dan menghantar email selepas semua siap mengisi data masing-masing.


Secara kesimpulannya, guru-guru ini dapat menerima pembelajaran dan tunjuk ajar dengan amat baik dan memberi kerjasama yang menggalakkan semasa sesi ini diadakan. Mereka juga berminat untuk terus menggunakan perkhidmatan PID ini berterusan untuk berurusan kerana mereka masih tidak mahir menggunakan komputer.


Friday 5 August 2016

Bengkel Kerjaya dan Penyediaan Resume Part 2 @ PID Sungai Koyan

TARIKH                                 : 5, 12, 19 & 26 FEBRUARI 2016 (SETIAP JUMAAT)
MASA                                   : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT                               : PID SUNGAI KOYAN
BIL. PESERTA                      : 29 ORANG PELAJAR GIATMARA
KUMPULAN SASARAN   : PELATIH GIATMARA CAWANGAN CAMERON HIGHLANDS
(TEKNOLOGI MOTOR DAN FASHION & DRESS MAKING)

OBJEKTIF PROGRAM     
1.       Memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih Giat Mara tentang alam pekerjaan dan memberi tip-tip untuk penyediaan diri sebelum dan semasa menghadiri sesi temudaga.
2.       Memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyediakan resume yang baik.


PENGISIAN:                                                                                                                                                                               
1.       Seramai 29 orang pelatih GiatMara telah menghadiri bengkel penyediaan resume pada bulan ini yang mana telah dimulakan sejak Januari 2016 lagi.

2.       Sesi  kedua hingga kelima ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar pada jam 9.00 pagi. Seterusnya pengenalan dan taklimat kerjaya disampaikan oleh Ketua Zon Timur, Puan Kasmawati Bt Mat Japar. Di sini pelajar diberi penerangan dan tip-tip untuk membuat persediaan kealam pekerjaan dan seterusnya bengkel membuat resume disampaikan oleh Pengurus PID Sungai Koyan dengan menggunakan perisian Microsoft Word 2010.

3.       Pelajar-pelajar juga diminta untuk mengambil gambar ukuran paspot untuk diisi dalam resume masing-masing. Setelah siap resume pelajar-pelajar akan dicetak untuk rujukan masa hadapan.


4.       Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar dapat menerima pembelajaran dengan amat baik dan memberikan kerjasama yang menggalakan semasa sesi pembelajaran berlangsung.



Kelas Asas Komputer @ PID Kuala Krai


Kursus Asas dan Lanjutan Komputer @ PID Kuala Besut

TARIKH : 5 JANUARI 2016
MASA: 9.00 PAGI – 12.00 TGH
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA KUALA BESUT
BIL. PESERTA : 6 ORG
KUMPULAN SASARAN: LEPASAN SPM DAN STPM

OBJEKTIF PROGRAM:
1.       melahirkan generasi yang berpengetahuan dalam bidang ict
2.       memberi kemudahan kepada peserta dari luar bandar untuk mendalami bidang ict
3.       memupuk semangat dan talian silatulrahim sesama peserta.

PENGISIAN
Program Kursus Asas dan Lanjutan Intensif Komputer ini adalah kali pertama diadakan di Pusat Internet Desa Kuala Besut bagi tahun 2016. Program ini dihadiri oleh peserta Lepasan SPM dan STPM seramai 6 orang.
Program ini merangkumi program yang telah diadakan sebelum ini pada tahun 2015. Program Kursus Asas aadalah lebih kepada pengajaran dalam Microsoft Office Word, Excel, Power Point cara-cara membuat biodata diri. Manakala Program Lanjutan lebih kepada penggunaan internet, cara menghasilkan emaill dan penggunaan email dalam kehidupan.

Program ini dapat berjalan dengan lancar dan peserta berpuas hati dengan kursus yang diberi.