Pusat Internet Desa Sungai Koyan

Wednesday 17 August 2016

BENGKEL E-VETTING DAN EMAIL TABIKA KEMAS PERINGKAT DUN SG. LEMBING @ PID Bukit Goh

TARIKH : 02 / 02 / 2016
MASA: 2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: PUSAT INTERNET DESA BUKIT GOH
BIL. PESERTA : 17 ORANG
KUMPULAN SASARAN: GURU TABIKA KEMAS

OBJEKTIF PROGRAM:
  • Memberi pendedahan awal kepada guru Tabika Kemas cara menggunakan e-vetting secara online step by step
  •  Memberi tunjuk jar cara-cara untuk mendaftar dan mengendalikan email.


BAJET KEWANGAN/DANA/BANTUAN KEWANGAN: Tiada
PENGISIAN:
Pusat Internet Desa Bukit telah mengadakan bengkel e-vetting secara online ini bersama Guru Tabika Kemas bagi Dun Sg.Lembing pada 2 Februari 2016 di Pusat Internet Desa Bukit Goh. Program ini bertujuan bagi memasukkan data maklumat peribadi untuk status pekerjaan sebagai guru pra sekolah secara di atas talian http://evetting.cgso.gov.my.

Selain itu juga mereka ini di ajar mendaftar email masing-masing bagi memudahkan urusan mereka untuk berurusan dengan pihak KEMAS Negeri Pahang. Di samping itu kami di PID Bukit Goh mengajar mereka cara untuk pengendalian email seperti membuka dan menghantar email selepas semua siap mengisi data masing-masing.


Secara kesimpulannya, guru-guru ini dapat menerima pembelajaran dan tunjuk ajar dengan amat baik dan memberi kerjasama yang menggalakkan semasa sesi ini diadakan. Mereka juga berminat untuk terus menggunakan perkhidmatan PID ini berterusan untuk berurusan kerana mereka masih tidak mahir menggunakan komputer.


No comments:

Post a Comment