Pusat Internet Desa Sungai Koyan

Tuesday 2 August 2016

Pusat Internet Desa Zon Timur

Pusat Internet Desa atau lebih dikenali sebagai PID merupakan sebuah telecenter yang mula beroperasi sepenuhnya sejak 2003. Ia merupakan satu inisiatif dari Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dalam usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kaya bermaklumat dalam era digital.

Objektif utama penubuhan PID adalah merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan desa melalui latihan dan khidmat nasihat ICT secara percuma. Sehingga penghujung 2003, sebanyak 42 cawangan PID telah ditubuhkan.

Pada awalnya setiap PID diuruskan oleh seorang pengurus dan seorang penolong pengurus. Operasi PID merangkumi latihan ICT kepada pelbagai golongan komuniti seperti pelajar, belia, wanita, usahawan, kakitangan kerajaan dan warga emas.

Mulai 2012, penstrukturan semula operasi PID dijalankan setelah bertukar dibawah pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 42 cawangan PID dibahagikan kepada 10 zon dan dipantau oleh seorang ketua zon. Namun demikian, PID hanya diuruskan oleh seorang pengurus yang cukup berpengalaman mengendalikan telecenter.

Antara modul latihan yang terdapat di PID:

  • Modul Asas Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint, Publisher)
  • Modul Internet & Email
  • Modul Penyelenggaraan Komputer dan Keselamatan Sistem (
  • Modul Animasi 3D
  • Modul Multimedia Creative: Photoscape
  • Modul Photo Editing
  • Modul Multimedia Creative: Digital Story Telling

No comments:

Post a Comment