Pusat Internet Desa Sungai Koyan

Friday 5 August 2016

Bengkel Kerjaya dan Penyediaan Resume Part 2 @ PID Sungai Koyan

TARIKH                                 : 5, 12, 19 & 26 FEBRUARI 2016 (SETIAP JUMAAT)
MASA                                   : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT                               : PID SUNGAI KOYAN
BIL. PESERTA                      : 29 ORANG PELAJAR GIATMARA
KUMPULAN SASARAN   : PELATIH GIATMARA CAWANGAN CAMERON HIGHLANDS
(TEKNOLOGI MOTOR DAN FASHION & DRESS MAKING)

OBJEKTIF PROGRAM     
1.       Memberi pendedahan awal kepada pelatih-pelatih Giat Mara tentang alam pekerjaan dan memberi tip-tip untuk penyediaan diri sebelum dan semasa menghadiri sesi temudaga.
2.       Memberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyediakan resume yang baik.


PENGISIAN:                                                                                                                                                                               
1.       Seramai 29 orang pelatih GiatMara telah menghadiri bengkel penyediaan resume pada bulan ini yang mana telah dimulakan sejak Januari 2016 lagi.

2.       Sesi  kedua hingga kelima ini dimulakan dengan pendaftaran pelajar pada jam 9.00 pagi. Seterusnya pengenalan dan taklimat kerjaya disampaikan oleh Ketua Zon Timur, Puan Kasmawati Bt Mat Japar. Di sini pelajar diberi penerangan dan tip-tip untuk membuat persediaan kealam pekerjaan dan seterusnya bengkel membuat resume disampaikan oleh Pengurus PID Sungai Koyan dengan menggunakan perisian Microsoft Word 2010.

3.       Pelajar-pelajar juga diminta untuk mengambil gambar ukuran paspot untuk diisi dalam resume masing-masing. Setelah siap resume pelajar-pelajar akan dicetak untuk rujukan masa hadapan.


4.       Secara kesimpulannya, pelajar-pelajar dapat menerima pembelajaran dengan amat baik dan memberikan kerjasama yang menggalakan semasa sesi pembelajaran berlangsung.



No comments:

Post a Comment